Album Tribute Soutul Jihad 2012



PENDAHULUAN
  • Cadangan pembinaan surau baru untuk Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu merupakan satu keputusan yang bijak kerana mengambil kira kemaslahatan para jemaah putera dan puteri yang selama ini terpisah lebih 20 tahun bersolat jemaah secara berasingan di asrama masing-masing. Konsep SAQSI (Satu Qiblat Satu Imam) itu perlu direalisasikan secepat mungkin memandangkan usaha-usaha ke arah itu telahpun dibuat dan kos pembinaan surau yang baru ini hampir mencecah RM2.5 juta.
  • Bertitik tolak dari peri pentingnya sumbangan bekas pelajar SMAWP/SMAPL dalam usaha yang sungguh murni ini iaitu bagi membantu pihak sekolah dalam mencari dan mengumpul dana untuk surau baru SMAPL ini, maka adalah dicadangkan bahawa satu album tribute bergenre nasyid (soutul jihad) diterbitkan.
OBJEKTIF
  1. Mengumpul dana bagi membantu pembinaan surau baru SMAPL
  2. Menerbitkan album soutul jihad yang keempat memandangkan tiada album yang dibuat selepas album sumbangsih setelah sekian lama.
  3. Mengabung jalinkan antara penyanyi nasyid soutul jihad yang terdiri dari pelajar SMAPL sekarang dengan bekas-bekas pelajar SMAWP/SMAPL yang terdiri daripada penyanyi nasyid professional seperti saudara Mohd Salleh Mohamed Deril (Brothers), saudara Mohd Syahril Khalid (Inteam), saudara Azahan Ab Razak (ex-Alarme), saudara Shahir Al-Farid (Heikal); bekas-bekas penyanyi nasyid solo di IPTA seperti saudara Muhammad Lukman Ibrahim (UM), saudara Abdul Lazi Nordin (UIAM), saudara Mohamad Fairuz Mohd Shaffiar (UTM) dan ramai lagi serta pengubah lagu rasmi SMAPL saudara Mohd Hafiz Khamis dalam satu album.
  4. Memahat nama dalam Malaysia Book of Records sebagai penglibatan alumni paling ramai dalam pembikinan sebuah album.

TAJUK ALBUM

ALBUM TRIBUTE SOUTUL JIHAD

PENGENALAN ALBUM

Album Tribute ini merupakan album soutul jihad yang keempat selepas album Sumbangsih. Album Tribute ini akan memuatkan 8-10 buah lagu nasyid nyanyian pelajar dan bekas pelajar SMAWP/SMAPL. Lagu-lagu yang akan dimuatkan di dalam album ini merupakan lagu yang berunsurkan motivasi, ilmiah, kemanusiaan dan ketuhanan termasuk lagu-lagu dari album-album yang sebelum ini yang diberi nafas baru seperti Sumbangsih dan Thy Will Be Done. Pemilihan lagu adalah berdasarkan perbincangan yang akan dilakukan mengikut kesesuaian lirik dan konsep.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
1.    PIBG SMAPL
2.    IKMAL ( Alumni SMAPL)
3.    Inteam Records

ANGGARAN PERBELANJAAN

NO
PERKARA
JUMLAH (RM)
A
STUDIO
- Secara pakej 140 jam x RM50
7,000.00
B
MIXING
- 1 lagu RM600 x 8 lagu
4,800.00
C
MASTERING
2,000.00
D
PEMUZIK
- Programming 8 lagu X RM1500
12,000.00
E
PRODUCER FEE
- 1 lagu RM400 x 8 lagu
3,200.00
F
KOS-KOS YANG BERKAITAN
- Cover design, printing, pengurusan dll
6,000.00

JUMLAH KESELURUHAN
35,000.00

PROMOSI
Album ini akan dipromosikan secara meluas seperti konsert, majlis makan malam, program-program yang bersesuaian termasuk medium-medium lain seperti poster, iklan-iklan di saluran tertentu termasuk di radio IKIM.FM dan radio internet nasyidfm.net dan media-media lain yang akan dimaklumkan kemudian.

PENUTUP
Diharapkan penerbitan Album Tribute Soutul Jihad ini mendapat sokongan dari semua pihak bagi merealisasikan kesemua objektif yang disebutkan tadi terutama dalam memastikan bahawa bekas-bekas pelajar SMAPL dapat menyumbang sesuatu yang penuh bermakna untuk sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu yang tercinta. Semoga segala usaha murni semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam merealisasikan projek ini mendapat keredhaan dan keampunan dariNya. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Ilham Minda:

AHMAD ZAKI AHMAD RAFA’I
Mantan Presiden Alumni SMAPL
Sesi 2006/2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan